Panduan rujukan APA 7 dalam Bahasa Melayu (dengan contoh)
Gaya APA edisi ke-7 ialah format sitasi yang paling banyak digunakan di universiti Malaysia untuk bidang pendidikan, sains sosial, pengurusan dan psikologi. Panduan ini merumuskan peraturan utama berdasarkan Publication Manual of the American Psychological Association (2020), lengkap dengan contoh.
1. Sitasi dalam teks
Setiap idea, data atau petikan daripada sumber lain mesti disitasi dalam teks. APA 7 mempunyai dua bentuk sitasi: berkurungan, contohnya (Junco, 2012), dan naratif, contohnya Junco (2012).
| Jenis pengarang | Berkurungan | Naratif |
|---|---|---|
| Satu pengarang | (Junco, 2012) | Junco (2012) |
| Dua pengarang | (Kirschner & Karpinski, 2010) | Kirschner dan Karpinski (2010) |
| Tiga pengarang atau lebih | (Ahmad et al., 2021) | Ahmad et al. (2021) |
| Organisasi dengan singkatan | Kali pertama: (American Psychological Association [APA], 2020). Seterusnya: (APA, 2020) | Kali pertama: American Psychological Association (APA, 2020). Seterusnya: APA (2020) |
| Tiada tarikh | (Pengarang, n.d.) | Pengarang (n.d.) |
- Gunakan
&dalam sitasi berkurungan, dan perkataan "dan" (atau "and" bagi tugasan Bahasa Inggeris) dalam sitasi naratif. - Untuk tiga pengarang atau lebih, tulis nama pengarang pertama diikuti
et al.sejak sitasi pertama. Ini salah satu perubahan utama APA 7. - Letakkan koma antara nama pengarang dan tahun dalam sitasi berkurungan: (Junco, 2012), bukan (Junco 2012).
- Sesetengah fakulti menggunakan "t.t." (tanpa tarikh) dan "hlm." untuk tugasan Bahasa Melayu. Ikut garis panduan fakulti anda jika ada.
Petikan langsung
Petikan langsung mesti disertakan nombor halaman, contohnya (Pengarang, 2020, p. 25) atau (Pengarang, 2020, pp. 25–26). Petikan yang mempunyai 40 perkataan atau lebih ditulis sebagai petikan blok: perenggan berasingan, inden 1.27 cm (0.5 inci) dari margin kiri, tanpa tanda petik, dan sitasi diletakkan selepas tanda baca akhir.
2. Senarai rujukan
- Mulakan senarai rujukan pada halaman baharu dengan tajuk References (atau Rujukan bagi tugasan Bahasa Melayu), tebal dan berpusat.
- Susun mengikut abjad nama keluarga pengarang pertama.
- Gunakan inden tergantung (hanging indent) 1.27 cm dan langkau dua.
- Senaraikan sehingga 20 pengarang, dan letakkan
&sebelum pengarang terakhir. Jangan gunakan "et al." dalam senarai rujukan. - Tulis DOI sebagai pautan penuh:
https://doi.org/... - Jangan tulis lokasi penerbit, dan jangan gunakan "Retrieved from" kecuali tarikh capaian diperlukan.
Contoh: artikel jurnal
Format: Pengarang, A. A., & Pengarang, B. B. (Tahun). Tajuk artikel. Nama Jurnal, jilid(isu), halaman. https://doi.org/xxxx
Contoh: buku
Jika pengarang dan penerbit adalah pihak yang sama, nama penerbit tidak perlu ditulis semula.
Contoh: laman web
Contoh: bab dalam buku suntingan
Format: Pengarang, A. A. (Tahun). Tajuk bab. Dalam E. E. Penyunting (Ed.), Tajuk buku (pp. xx–xx). Penerbit. https://doi.org/xxxx
3. Format dokumen pelajar
| Elemen | Ketetapan APA 7 |
|---|---|
| Fon | Times New Roman 12, Calibri 11, Arial 11, Georgia 11, Lucida Sans Unicode 10 atau Computer Modern 10 |
| Langkau baris | Langkau dua (double spacing) bagi keseluruhan teks, termasuk senarai rujukan |
| Margin | 2.54 cm (1 inci) pada semua sisi |
| Nombor halaman | Penjuru kanan atas setiap halaman, bermula dari halaman tajuk |
| Inden perenggan | 1.27 cm (0.5 inci) pada baris pertama setiap perenggan |
| Halaman tajuk pelajar | Tajuk (tebal, berpusat), nama pelajar, jabatan dan universiti, kod dan nama kursus, nama pensyarah, tarikh |
| Tajuk Tahap 1 | Berpusat, tebal, huruf besar pada perkataan utama |
| Tajuk Tahap 2 | Rata kiri, tebal |
| Tajuk Tahap 3 | Rata kiri, tebal dan condong |
4. Perubahan utama daripada APA 6 kepada APA 7
| Perkara | APA 6 | APA 7 |
|---|---|---|
| Tiga hingga lima pengarang (sitasi) | Semua nama pada sitasi pertama | "et al." sejak sitasi pertama |
| Pengarang dalam senarai rujukan | Sehingga 7 | Sehingga 20 |
| Lokasi penerbit | Diperlukan (New York: Wiley) | Tidak diperlukan (Wiley) |
| DOI | doi:10.xxxx | https://doi.org/10.xxxx |
| "Retrieved from" | Digunakan sebelum URL | Tidak digunakan, kecuali tarikh capaian diperlukan |
| Running head (kertas pelajar) | Diperlukan | Tidak diperlukan |
5. Senarai semak sebelum menghantar
- Setiap sitasi dalam teks ada dalam senarai rujukan, dan setiap rujukan disitasi dalam teks.
- Tahun dalam sitasi sama dengan tahun dalam senarai rujukan.
- Semua petikan langsung mempunyai nombor halaman.
- Senarai rujukan disusun mengikut abjad dan menggunakan inden tergantung.
- DOI ditulis sebagai pautan https://doi.org/.
Dikemas kini: 2 November 2026. Rujukan: American Psychological Association. (2020). Publication manual of the American Psychological Association (7th ed.).
APA 7 referencing guide (with examples)
APA 7th edition is the most widely used citation style in Malaysian universities for education, social sciences, management and psychology. This guide summarises the key rules from the Publication Manual of the American Psychological Association (2020), with examples.
1. In-text citations
Every idea, figure or quotation taken from another source must be cited in the text. APA 7 has two forms: parenthetical, for example (Junco, 2012), and narrative, for example Junco (2012).
| Author type | Parenthetical | Narrative |
|---|---|---|
| One author | (Junco, 2012) | Junco (2012) |
| Two authors | (Kirschner & Karpinski, 2010) | Kirschner and Karpinski (2010) |
| Three or more authors | (Ahmad et al., 2021) | Ahmad et al. (2021) |
| Group author with abbreviation | First: (American Psychological Association [APA], 2020). Then: (APA, 2020) | First: American Psychological Association (APA, 2020). Then: APA (2020) |
| No date | (Author, n.d.) | Author (n.d.) |
- Use
&in parenthetical citations and "and" in narrative citations. - For three or more authors, write the first author followed by
et al.from the first citation. This is one of the main APA 7 changes. - Put a comma between the author and the year in parenthetical citations: (Junco, 2012), not (Junco 2012).
Direct quotations
Direct quotations need a page number, for example (Author, 2020, p. 25) or (Author, 2020, pp. 25–26). Quotations of 40 words or more are set as block quotations: a separate paragraph, indented 1.27 cm (0.5 inch) from the left margin, without quotation marks, with the citation after the final punctuation.
2. Reference list
- Start the reference list on a new page with a bold, centred References heading.
- Order entries alphabetically by the first author’s surname.
- Use a 1.27 cm hanging indent and double spacing.
- List up to 20 authors, with
&before the last. Do not use "et al." in the reference list. - Write DOIs as full links:
https://doi.org/... - Do not include the publisher location, and do not use "Retrieved from" unless a retrieval date is needed.
Example: journal article
Format: Author, A. A., & Author, B. B. (Year). Article title. Journal Name, volume(issue), pages. https://doi.org/xxxx
Example: book
When the author and publisher are the same, do not repeat the publisher name.
Example: webpage
Example: chapter in an edited book
Format: Author, A. A. (Year). Chapter title. In E. E. Editor (Ed.), Book title (pp. xx–xx). Publisher. https://doi.org/xxxx
3. Student paper format
| Element | APA 7 requirement |
|---|---|
| Font | Times New Roman 12, Calibri 11, Arial 11, Georgia 11, Lucida Sans Unicode 10 or Computer Modern 10 |
| Line spacing | Double spacing throughout, including the reference list |
| Margins | 2.54 cm (1 inch) on all sides |
| Page numbers | Top right of every page, starting with the title page |
| Paragraph indent | 1.27 cm (0.5 inch) on the first line of each paragraph |
| Student title page | Title (bold, centred), student name, department and university, course code and name, instructor name, date |
| Level 1 heading | Centred, bold, title case |
| Level 2 heading | Flush left, bold |
| Level 3 heading | Flush left, bold italic |
4. Key changes from APA 6 to APA 7
| Item | APA 6 | APA 7 |
|---|---|---|
| Three to five authors (citation) | All names at first citation | "et al." from the first citation |
| Authors in reference list | Up to 7 | Up to 20 |
| Publisher location | Required (New York: Wiley) | Not required (Wiley) |
| DOI | doi:10.xxxx | https://doi.org/10.xxxx |
| "Retrieved from" | Used before URLs | Not used, unless a retrieval date is needed |
| Running head (student papers) | Required | Not required |
5. Checklist before submitting
- Every in-text citation is in the reference list, and every reference is cited in the text.
- Years in citations match the years in the reference list.
- All direct quotations have page numbers.
- The reference list is alphabetical and uses a hanging indent.
- DOIs are written as https://doi.org/ links.
Updated: 2 November 2026. Reference: American Psychological Association. (2020). Publication manual of the American Psychological Association (7th ed.).